Beli kereta baru
Hehehehe... Bukan aku beli laaa.. tapi adik aku beli Gen2(lak)... Auto plak tu.. aku punya bila? ntah la, motor la best, minyak save, Jam-senang cilok, hujan berenti la tempat teduh...ya memang berisiko tinggi, tapi insyaAllah aku berhati2 & cermat2 la..
Beli kereta tu dengan cara Mark up loan..
Markup loan? ya maksudnya buat loan lebih dari harga sebenar kereta.
Contohnya harga actual kereta tu RM60K. Tapi kita buat loan pada harga RM65K iaitu semasa salesman submit loan kepada bank dia declare jual pada harga RM65K(mahal skit sbb ada aksesori extra la kononnya).Bank akan beri 90% loan iaitu RM58,500, 10% - kita punya d/p RM6500. Oleh kerana kedai tu jual actual price adalah standard iaitu RM60k, jadi kita tidak perlu bayar RM6500 sebagai d/p tetapi hanya RM1500 sahaja iaitu harga sebenar minus nilai loan (60K - 58500 = RM1500 sahaja).
kesannya :-
yg BEST: kita bayar downpayment rendah. Monthly repayment tak banyak beza pun kalau kita letak muka tinggi2.
yg x BEST: Monthly repayment jadi tinggi sikit sebab loan tinggi dari yg sepatutnya. kalau buat 9 tahun kurang la skit repayment., memang jenuh a nak tunggu 9 tahun, tapi biasanya korang lepas 5 tahun nak tukar kereta so trade in je la.
Sekarang ni plak interest utk kereta2 proton dan perodua 2.9%, yg terendah la for now.
Tapi bukan semua kedai dan kereta boleh buat mark up loan. Hanya kedai-kedai tertentu sahaja yg boleh kasi dan HANYA orang-orang tertentu sahaja yg boleh dapat mark up loan. Ini bukan illegal ok!.Memang ada kedai2 kereta ni memang ada promotion utk staff untuk buat mark up loan, cuma kita end user ni aje yg tak tau. Aku ada contact number utk buat markup loan tapi hanya proton dan perodua sahaja la. Kalau nak terai kita boleh deal.. hehhee
BTW, sebenarnya Pinjaman Kereta adalah "bad debt" , hutang yg tidak membawa untung kpd kita, sbb harga kereta makin lama makin susut nilai. Goood debt adalah seperti Rumah (mortgage loan) sbb harga rumah makin tinggi.
Huargghhh!! aku baru balik dari annual dinner ni.. unlucky la sbb tak draw (tak dapat lucky draw). hhehehe. Cek bawah meja/kerusi takde plak envelopt bertuah.
wasalam